Wednesday, July 29, 2009

Pengenalan Dokumen dan Buku Catatan Pertama

PENGENALAN DOKUMEN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Setiap dokumen yang di keluarkan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Ianya adalah sebagai sumber maklumat bagi peniaga sebagai sumber rujukan dari semasa ke semasa.

Antara dokumen-dokumen perniagaan ialah:
  • Invois
  • Nota debit
  • Resit
  • Slip wang masuk
  • Keratan cek
  • Baucar pembayaran
  • Memo
  • Bil tunai
  • Nota kredit
  • Makluman kredit
  • Makluman debit

BUKU CATATAN PERTAMA

Jurnal terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

i. Jurnal Am

ii. Jurnal Khas pula terbahagi kepada empat bahagian:

  • Jurnal Belian
  • Jurnal Pulangan Belian
  • Jurnal Jualan

Jurnal Pulangan Jualan

Pengenalan Kepada Perakaunan

Simpan Kira dan Perakaunan

SIMPAN KIRA

Simpan kira di kenali sebagai kemahiran mengenal pasti, mengelas dan merekod urus niaga secara sistematik.

Tujuan simpan kira dilakukan:

  • Merekod, mengelas dan meringkaskan semua urus niaga perniagaan dalam nilai wang.
  • Menyimpan rekod mengenai aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik perniagaan untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan pada setiap masa tertentu.
  • menyediakan maklumat tentang:

    i. Jenis dan jumlah perbelanjaan

ii. Jenis dan jumlah pendapatan

iii. Penghutang dan jumlah hutangnya

iv. Pemiutang dan hutangnya

PERAKAUNAN

Perakaunan pula adalah mengelas, merekod, mentafsir, menganalisa dan melapor maklumat kewangan kepada pihak yang berkepentingan agar pengurusan dapat membuat keputusan.

Tujuannya adalah untuk:

  1. Menganalisa dan mentafsir urus niaga agar laporan perakaunan boleh disediakan
  2. Mengukur prestasi dengan membuat perbandingan